Sunday, May 15, 2011

EVOLUSI PAKAIAN WANITA MELAYU

                                                           1811 - BAJU KURUNG



1916 - BAJU KEBAYA



1961 - AGOGO



2011 - HALAM (halal + haram)


Thursday, March 17, 2011

BILA MATAHARI TIDAK TERBIT DARI TIMUR


Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah :




1. Zina bermaharajalela



2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4. Menghias masjid dan membanggakannya.



5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

"Mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu."

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.


7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.



8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)


10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.




12. Orang akan melakukan homoseksual.


13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik


15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan



16. Banyaknya berlaku gempa bumi.


Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.


Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 


Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. 


Dan ALLAH s.w.t pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.


Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH s.w.t baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.


Wednesday, March 16, 2011

15 PERKARA YANG MENYEBAB BALA

Sabda Nabi S.A.W maksudnya: “Apabila umatku melakukan lima belas perkara, maka halallah mereka ditimpa bala iaitu . . .



1.     Apabila harta negara hanya dibolot oleh orang-orang yang tertentu.

2.    Apabila amanah dijadikan sumber keuntungan.

3.    Zakat dijadikan hutang.

4.    Suami tunduk pada kehendak isteri.

5.    Anak menderhaka terhadap ibunya.

6.    Sedangkan si anak berbuat baik pada kawan-kawannya.

7.    Anak menjauhkan diri daripada bapanya.

8.    Meninggikan suara di dalam masjid.

9.    Orang yang menjadi ketua satu kaum, adalah orang yang terhina antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11.  Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.

13. Para artis disanjung-sanjung.

14. Muzik sudah banyak dimainkan.

15. Generasi umat ini mengutuk (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Friday, March 4, 2011

DUNIA AKHIR ZAMAN



Surah Al-Baqarah ayat 30
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat
“Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seseorang khalifah di muka bumi…….”
lalu para malaikat menjawab…..        
“Adakah Kamu ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah?”
“…sedangkan kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau …”
Tetapi Allah berfirman…
“Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu.”

Persoalannya , apakah yang dimaksudkan oleh Allah yang tidak diketahui oleh para malaikat?
Persoalan tersebut telah dijawab dalam ayat-ayat yang seterusnya…

Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam “nama-nama” keseluruhannya. Setelah Nabi Adam mengetahui semua “nama-nama” tersebut, maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kepada manusia kecuali iblis, kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mngenai “nama-nama” oleh Tuhannya, kerana itu dia enggan sujud dan telah berikrar sehingga hari Qiamat untuk membuktikan bahawa manusia tetap akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah walaupun telah mngetahui akan “nama-nama” tersebut.


Apakah yang dimaksudkan dengan “nama-nama” tersebut?
Kerana “nama-nama” itulah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat Islam di akhir zaman ini sebagaimana yang telah dijangka oleh para malaikat.

Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia
Biar saya tunjukkan kepada anda semua tentang zaman prasejarah yang sering diajarkan kepada kita.

ZAMAN BATU
*      Paleolitik
*      Mesolitik
*      Neolitik
ZAMAN GANGSA
ZAMAN LOGAM
ZAMAN MODEN

Kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu
Kononnya manusia zaman dahulu tidak tahu apa-apa. Malah tidak tahu bercakap, tidak ada bahasa, tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan.

Dan akhirnya memasuki zaman moden di mana anda berada sekarang. Itulah sejarah yang dipercayai oleh majority manusia. Tanyalah sesiapa saja, garis masa itulah yang akan di jawab oleh mereka. Apabila disebut zaman purba mereka akan membayangkan orang yang tinggal di dalam gua.
Tetapi lupakah anda Kaabah dan Masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam sebagaimana yang telah diberitahu di dalam hadith Rasulullah? Dan ini menunjukkan manusia pertama sudah pandai membina bangunan. Adakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang? Malah Nabi Adam sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.
Adakah Nabi Adam diturunkan dalam keadaan sehina ini oleh Allah tanpa sebarang ilmu?Nabi Nuh pula sudah pandai membuat bahtera besar.
Ini adalah contoh binaan orang-orang yang kita gelar kononnya sebagai “orang batu”


Sebuah artifak yang begitu unik telah ditemui dalam tamadun Babylon. Dan setelah dikaji, ianya merupakan sebuah bateri.
Dan ini menunjukkan kerajaan kuno Babylon sudah pandai menggunakan tenaga elektrik berjuta-juta tahun dahulu sebelum kita.

???
Sebuah lukisan dalam tamadun mesir purba.


Zaman Batu tidak pernah wujud !!!
Zaman Gangsa tidak pernah wujud !!!
“Paleolitik” hanya satu istilah khayalan . . .
“Mesolitik” hanya satu istilah dongeng . . .

ZAMAN BATU HANYA SATU PEMBOHONGAN SEJARAH

Tahukah anda siapakah dalang disebalik penipuan sejarah ini ?
Charles Darwin dan para pendokong teori evolusi . . .
Teori evolusi hanya satu pembohongan semata-mata . . .

Dan menjadi satu keperluan untuk kita mengenali sejarah sebenar kita

Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah..
contoh:
1.      “…di masa kerajaan Sulaiman…….”(Baqarah 102)
2.      “…sesudah Musa ……”(Baqarah 246)
3.      “…sesudah Nuh…..”(Isra’ 17)


Kerana para Nabi ini adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunnya yang tertentu. Inilah cara sebenar untuk mengkaji sejarah. Kajilah berdasarkan Nabi-Nabi yang telah diutuskan. Dan anda akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut.
Dan bagaimana ketamadunan mereka yang begitu canggih boleh HANCUR  sekelip mata hingga kita menyangka mereka berada di ZAMAN BATU.


“Telah berlaku atur-aturan yang tetap sebelum kamu, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)”
                                                                                                                               Al Imran : 137


Mereka bukanlah ‘orang gua’ yang hanya tahu makan dan tidur tetapi mereka telah membina satu ketamadunan yang begitu hebat. Malah mungkin kecanggihan mereka lebih hebat daripada kita hari ini.
Ilmu pengetahuan mereka begitu tinggi, sehingga mereka mampu mencerap bintang-bintang di langit
Tetapi kerana kekufuran sebahagian daripada mereka kepada Allah, maka kehebatan ketamadunan mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam saja, sehingga kita menyangka mereka ini adalah orang zaman batu yang tidak pernah mencipta apa-apa. Begitulah bagaimana sejarah berulang, tetapi amatlah sedikit yang mengambil pengajaran. Dan sejarah terus berjalan, sehinggalah ke peringkat akhir.


Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut Nabi-Nabi yang diutuskan. Dan apabila Nabi yang terakhir telah di utuskan, maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa akhir. Fasa ini adalah penting bagi makhluk yang bernama iblis.
Kerana iblis sudah berjanji kepada Tuhannya sejak awal sejarah manusia lagi unutk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah.
Mengikut hadis, zaman umat Nabi Muhammad dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa.


Masa kenabian ada ditengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nabuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya. Setelah itu masa kerajaan menyombong  (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.


Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah)


Kemudian beliau (Nabi) diam….
[HR  Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Hudzaifah]


Mengikut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup. Zaman ini sudah berlalu. Kemudian datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh 4 Khulafa’ Rasyidin iaitu fasa kedua. Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yg ‘mengigit’. ‘Menggigit’ didalam hadis maksudnya mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ketiga ini, kerajaan Umaiyah, Abassiah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. 


Zaman ini juga telah berlalu. Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela dan fasa itu adalah zaman sekarang iaitu fasa keempat. Kemudian berlalunya fasa keempat akan datang pula fasa kelima. Fasa kelima dunia akan kembali diperintah mngikut cara Nabi berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mngenai lima fasa tersebut, tiba-tiba Rasulullah terdiam dan diam tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah tamat”.


Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa keempat ini akan kedatangan satu fitnah, fitnah paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajal.


Dajal tidak akan datang pada fasa kelima kerana fasa kelima kekuasaan telah berada di pihak-pihak orang yang beriman. Dajal tidak akan datang selepas fasa kelima kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia telah tamat.


Hanya fasa keempat sahaja peluang untuk iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa keempat itu adalah zaman yang kita berada didalamnya sekarang.
Sebelum turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa kelima, seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha iblis di peringkat terakhir zaman manusia.