Thursday, August 1, 2013

Sujud Terakhir Ku


Dalam sujud terakhirku

Dalam sujud terakhirku, Ya Allah ...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya,
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku ...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi ...
ku menangis sekeras-kerasnya,
biar kering mata ini,
namun basah ladang hati yang gersang ...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman ...
ku lihat semua dosa yang membayangiku,
kelam mencengkam jiwa yang dihantui kesombonganku ...

Dalam sujud terakhirku, Ya Mujib ...
aku berlindung diatas nama-Mu dan kekuasaan-Mu,
peliharalah diri dan hatiku,
agar ia mampu membesar dengan baik,
redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan,
biarlah daku menyemarakkannya,
kan ku teguh menatang serikandi ummah ...

Dalam sujud terakhirku, Ya Malik ...
aku berharap diri ini belum terlewat,
untuk aku kembali bersujud dan bertaubat kepada-Mu,
ampunkanlah segala dosa-dosaku,
diatas setiap ketelanjuranku,
janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda,
kasihanilah daku, Ya Allah ...
bantulah daku dalam menempuh jalan,
dalam usaha mencari firdausMu ...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim ...
biarkan aku patah dalam cahayaMu,
biarkan ku musnahkan titik-titik kemunafikanku,
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu ...

Dalam sujud terakhirku, Ya Allah ...
aku akui keagunganMu,
namun hatiku sering leka,
jahiliah sering bertakhta dijiwaku,
aku mohon agar diberikan hati yang baru,
hati yang sering terikat dengan-Mu,
yang sentiasa takut dan rindu kepadaMu ..

Biarkan aku hirup nafasku sekali lagi,
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta ...

Tuesday, July 30, 2013

Wasilah Cinta

tidak ku cinta mu kekasih
kerana balasan yang engkau
janjikan dulu
untuk ku sebuah taman
yang mengalir sungai
kebahagiaan

sungguh tidak kesampaian
cintaku padamu
seandai terikat dan bersyarat
padamu teman cinta kita
terasa pula adanya
tawar menawar penuh tanda
tanya

hanya satu pengucapan mu
yang ku pegang kini menjadi nadi
hiduplah aku kerananya
bersama janjimu restu penuh pasti

berpisah hingga kekasih
zahir kau yang hilangku cari pada gambaran nyata
tidak ku temu kau kekasih
bayang mu oh dimana
hinggakan aku kehilangan punca

lalu aku kembali
ke alam abadi
bersama amanah janji
ku lihat engkau disana
setia menanti
kekasih ku serahkan

cinta satu kita
lebih bermakna
dari balasan kau janjikan
walau kau duga bintang kejora
menjadi intan tak ku hirau

dalam sedar aku kembali
didalam lena ku kita seabadi
siang malam hanyalah mimpi
demi engkau kasih tidak ku peduli

Thursday, June 27, 2013

DUKA

ku lihat dibelakang ku ...
tiada siapa yang menahan tubuh ku saat ku ditolak ...

ku toleh ke kanan dan kiri ku ...
tiada siapa yang sedia untuk ku pimpin tangan mereka saat ujian tiba ...

ku pandang didepan ku ...
penuh jalan berliku ...
namun tiada siapa yang sudi menghulurkan tangan untuk membimbingku ...
ku mendongak tinggi ke langit ...
cantik ciptaan bulan dan bintang ...
lantaran ku sedar adanya Tuhan ...
Maha Pengasih Maha Penyayang ...
terkedu terkaku terharu ...
tatkala mendengar firmanMu ...
La Tahzan ;)

Monday, April 15, 2013

TIADA YANG SEMPURNA



Jika kamu memancing ikan ... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu ... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja ... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisa ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup ...



Begitulah juga ... ....



Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ... Setelah ia mula MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya ... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja ... Kerana ia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu ...



Jika kamu menadah air biarlah berpada, janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh ... Cukuplah sekadar keperluanmu ... Apabila sekali ia retak ... Tentu sukar untuk kamu menambahnya semula ... Akhirnya ia dibuang ...



Sedangkan jika kamu cuba untuk memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi ... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya ... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa ... Anggaplah dia manusia biasa ... Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya ... Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya ...



Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya ... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi ... Yang kamu pasti baik untuk dirimu ... Mengenyangkan ... Berkhasiat ... Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain ... Terlalu ingin mengejar kelazatan ... Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya ... Kamu akan menyesal ...



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan ... Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu ... MENYAYANGIMU ... MENGASIHIMU ... Mengapa kamu berlengah cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain ...



Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ... Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain ... Kamu juga yang akan MENYESAL ...



DAN MUNGKIN MEREKA LUPA,
NOBODY'S PERFECT


~renungan bersama~

Saturday, April 6, 2013

DOAKU


Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku pada jurang nafsu.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajatdi sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati kepada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihku,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amin Ya Rabbal A'lamin ...

Sunday, March 31, 2013

Kereta Buruk Korang Kata ???


Meh sini aku nak citer ...

korang penah dengar kete lama jenama toyota datsun ?
korang jangan cari pasal der, tu cuma fitnah falasi semata-mata ...
yang sebenarnya toyota dengan datsun dua company yang berbeza ...
kete pon memang sah2 tak sama dalam banyak perkara ...
datsun tu nama lama, sekarang dorang pakai nissan pulak ...
toyota lak dulu pacuan belakang, sekarang banyak tarik depan jer ...
pek kong pek ... tu spesis mazda der ...
dulu untuk rakyat biasa, sekarang untuk orang bnyak duit n kaya2 ...
mitsubishi dengan subaru jangan cerita, harga sebuah rumah kalau ikot harga semasa ...

kereta buruk korang kata ?
jangan macam tu der ...

kereta kami ni dapat dengan macam2 cara ... 
ada yang mak bapak punya, pass kat anak untuk dijaga ...
ada yang sebagai 1st car, lepas dapat kerja tak pon dulu geng2 rempit sekarang da retire ...
untuk yang 2nd car, beli sebab nak bawak anak bini supaya lebih selesa ...
kalau yang berduit sikit, kereta lama ni sebagai koleksi dan untuk seronok2 jer ...
untuk yang kaki racing, kereta lama ni dibuat experiment gila kuasa ...
kalau dapat kat drifter, lock ajer axle, menggelosongsor la sepanjang masa ...
tanya pada purist, dorang lagi suka maintain ori, stock wat gi kerja dan jalan2 sama keluarga ...
ahh ... tak kesah la camne lain2 punya citarasa ... masing2 ley respect each other ...

kereta buruk korang kata ?
selamber jer korang ye ...

takper, kami ni nak berkawan suka2 je ...
group kami ni bukan untuk orang yang takde kerja dan takde duit nak beli kereta ...
banyak jugak yang kaya2, kerja sendiri, bisnes, doktor, kontraktor, mahupun engineer ...
pendek kata dari kerja kuli2 sahaja sampai la ke orang berada ...
lu cina ka india ka iban ka tak pe ... silakan jer ...
kami tak kesah, janji lu sayang kereta lama, lu kami punya saudara ...


kereta buruk korang kata ?
hamboi ... nak kena langgar ke ...

ni kereta nampak jer buruk ...
yelah, nampak standart je ... sebabnya kami taknak la menunjuk2 ...
tapi dalam bonet depan tu macam2 toyol ley simpan ...
enjin stock pon entah2 twin solex takpun weber dok srooot2 ...
takkan nak heboh2 lak apa kami taruk ...
rasa nak cuba, ley la hangpa try cucuk2 ...
kalau kena tinggai pandai2 la hangpa menyorok ...

kereta buruk korang kata ?
aku langgar jugak budak ni ...

tak per, korang belek sikit sportrim tu apa dia punya brand ...
kalau bukan watanabe, volk racing, kurang2 pon hayashi ataupon long champ ... 
sebenarnya tak kesah la brand apa pon, yang penting rim kami made in japan ...
setengah kereta rim bukan main mahal walaupon body da tahap reban ...
kalau kereta jem tengah jalan, sanggup je bukak rim balik simpan ...
rega ? adalah sikit ... ngam2 bonus hujung tahun orang gomen ...
ok gak la kereta kami takde hutang dengan bank ...
duit gaji bulan ley bagi mak ayah, bayar ptptn mahupun sspn ...
takde la risau takut tak dapat bayar kereta time2 ekonomi tengah jem ...
bukan sekejap beb, tunggu 9 tahun baru hutang habis ... memang krem ...

kereta buruk korang kata ?
sesedap mulut je korang berkata2 ye ...

kami beli pakai cash je der ...
kalau kami dah suka, kami bawak tunai takde pakai personal loan ke apa ...
err ... tapi kalau kena 240z, kpgc10 loan bank tu sanggup jugak la kami consider ...
bukan apa, chasiss2 tu sume jenis rare dan banyak peminatnya ...
kalau aku cakap ada beberapa biji je kat negara kita, nanti lu orang tak percaya ...
senang cakap, kalau lu dapat memang lu antara orang bertuah kat m'sia ...

kereta buruk korang kata ?
aku lempang jugak budak ni ...

nasib la kami ni penyabar orangnya ...
tak yah takot la kalau kami ni tetiba muka serius ...
maklumlah, kadang2 kereta meragam kepala risau camne nak cari partsnya ...
tambah2 kalau kereta breakdown otw nak g keje ... memang haru jugak dibuat nya ...
ekon takde berpeluh sentiasa tu perkara biasa ... 
minyak abis, tangki kotor, carbs tersumbat ? tong da standby ... tunjuk je mana stesen minyaknya ... 
biasa la kereta tua, memang selalu mintak dimanja ...
susah senang sama2 ... ni la sentimental value namanya ...

kereta buruk korang kata ?
da puas hidup ke ...

macam la kereta korang je yang boleh naik dengan selesa ...
kereta kami pon ada yang beraircond la encik berader ...
lagipun kami ni bukan spesis lelaki manja ...
nak maintain macho, tak semestinya muka perlu fresh sentiasa ...
peluh menitik2 pon kalau dah hensem, hensem la jugak ...
kulit terbakar kena matahari paling teruk pon bertukar tona warna je ...
apa nak kesah, lelaki kan nampak lebih seksi kalau gelap kulitnya ... 

kereta buruk korang kata ?
oklah ... sukaty lu la der ...

tak berbaloi bunuh orang sebab kereta lama ...
tak kesah la kereta lama or kereta baru ... kita sama2 main kereta ...
tt, tt jugak ... tapi solat lu orang jangan lupa ... 
baru la best ... dunia akhirat dua2 kita mau, tak gitu der ? boleh ke tak pe ...  

Saturday, March 23, 2013

TERIMA KASIH

Sekian lama diriku menyepi 

Mencari kekuatan untuk terus hidup 

Mengisi kekosongan yang telah tertutup rapi 

Kerana kecewa dengan memori silam 

Kini, dek kerana panahan cintamu 

Akhirnya kau berjaya menemukan kunci itu 

Terima kasih sayang 

Kerana sejuta kasihmu 

Kau bahagiakan diriku 

Kau kembalikan senyumanku 

Warnailah hidupku dengan cintamu

Selamanya ... 

Friday, March 1, 2013

Awak ... esok saya akan jadi TUNANGAN orang :'(


Hari berganti hari ... bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun  ... takdir Allah menentukan segalanya ... pertemuan mereka seakan-akan dirancang untuk menamatkan segala penantian dulu ... untuk menghentikan kesemua janji-janji palsu ... saat sang lelaki sedang berjalan sendirian matanya terpana pada seorang wanita yang pernah dulu bertakhta di hatinya ... dan mungkinkah kasih itu akan bertaut kembali ... digagahkan jua untuk bersapa ... dengan si DIA ...


LELAKI : Assalamualaikum ... awak ... x sangke ye kita dapat jumpa di tempat kita mula2 berkenalan dulu ???

WANITA : Waalaikumussalam ... ermm ... ye ...

LELAKI : Awak ... kenapa saya x dapat hubungi awak ??? awak marahkan saya ke ???

WANITA : Taklah ... cuma saya nak cuba tenangkan fikiran je ...

LELAKI : Ohh begitu ... jom kita singgah ke gerai makanan ... boleh kita berbual lama sikit ...

WANITA : Ehh ... xpe la ... saya ada hal ni ... kalau dekat sini pon xpe kita berbual ye ...

LELAKI : Ermm ... yelah ...awak da makin cantik ye sekarang ... dah makin putih ... dulu putih jugak tapi boleh laa ...(sengaja sang lelaki berjenaka untuk melihat manis senyumannya ...)

WANITA : Xder la ... saya biasa2 je ... semua anugerah Tuhan ... 

LELAKI : Awak ... saya dah ada kerjaya sekarang ni ... dan duit saya dah cukup tau untuk kotakan janji kita dulu ... dulu awak cakap laksanakan tanggungjawab saya dulukan ... saya rasa semua hampir selesai ... tapi untuk diri saya je belom ... awak ... saya da nekad nak sunting awak ...

Terdiam sang wanita x mampu berkata apa2 ... saat itu berlinangan airmata hiba ... wajah tunduk duka pandangan seakan gelita ... permintaan dulu menusuk di jiwa ...

LELAKI : Awak ... kenapa awak tiba2 macam sedih je ??? Awak x suka dengan lamaran saya ke ??? Awak ... saya da bersedia untuk menjadi imam awak ... saya da bersedia untuk bergelar suami kepada awak ... Awak ... kenapa ni ???

WANITA : Ermm ... awak ... sekarang kerja apa ye ??? Awak tinggal dimana sekarang ???(bicara sang wanita sekadar mengubah tajuk kata)

LELAKI : Awak ... kenapa x jawab soalan saya ni ??? Awak da kawin ke ??? Awak mungkir janji kita ... 

WANITA : Tak awak ... saya x kawin lagi ... saya setia menunggu awak ... tapi .......

LELAKI : Tapi apa awak ??? Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu ...(lagu cinta 3 segi ... hehehe)

WANITA : Tapi ... tapi saya akan bergelar tunangan orang ... 

Kata-kata bisa menusuk jiwa seorang lelaki yang berhati waja ... airmata ditahan ... agar segala duka dapat disimpan ... 

LELAKI : Awak ... sampai hati awak ... saya nanti janji awak dulu ... saya tunaikan permintaan awak dulu ... tapi kenapa saya terima semua ini dari awak ... awak ... saya berdoa agar satu hari akan bertemu dengan awak ... dan ... saya akan terus lamar awak ... tapi ... awak tau permintaan saya untuk bertemu dengan awak Tuhan tunaikan ...tapi untuk lamar awak ... saya x dapat laksanakan ...

WANITA : Awak ... maafkan saya ... saya terpaksa ikot kata keluarga saya ... saya x mampu nak halang ini semua ... saya x kuat awak ... saya x tega untuk lukakan hati ayah dan bonda ...

LELAKI : Tapi awak tega lukakan hati saya ... awak da patahkan hati saya ... hancur luluh awak ...

WANITA : Awak ... masih ramai perempuan diluar sana mengharap kasih dan cinta awak ... awak ... jangan tunggu saya lagi ye ...(kata2 seakan terpaksa untuk membuang segala memori duka ...)

LELAKI : Awak ... mudahnya awak kata ye ... saya tunggu awak ... tapi kenapa ... ermmm ...

WANITA : Awak ... awak bukan jodoh saya lagi ... awak tau kan saya akan jadi tunangan orang ... awak ... saya x mampu lagi nak halang semua ni lagi ... saya x mampu nak pertahankan janji kita ... saya insan lemah ... awak ... izinkan saya pergi menjauh dari awak ye ...

LELAKI : Kenapa awak ??? Kenapa sampai macam ni ??? Saya tak daya nak terima semua ni lagi ... bertahun saya tanam impian ... tapi ... akhirnya ia berkubur bersama hati saya yang bungkam ... saya pasrah awak ... tapi saya x boleh tipu hati dan perasaan ini ... awak ... sampaikan salam saya ye ... kepada bakal tunang dan suami awak .... saya takkan mengharap lagi ... saya hanya mampu titipkan doa bahagia untuk awak dan dia ...

the end ... ... .

Harapan yang dulu cerah kini kembali punah ... janji dulu dilafaz kini sudah terkubur layu dan kaku ... hati sang lelaki sebak menahan hiba saat insan yang dicinta punya pilihan keluarga ... biarlah dia bahagia ... biarlah dia ceria ... walau hati penuh derita dan sengara ... tapi sang lelaki percaya ... pada janji Yang Maha Esa yang pasti benarnya ...



Wednesday, January 9, 2013

BERMIMPI TENTANG KEINDAHAN, BERHARAP SEBUAH KEBAHAGIAAN.


melangkah itu mudah, 
namun mencari arah itu terkadang payah.

mencari jalan itu mudah,
namun memahami destinasi itu yang susah.

menyusuri susur itu mudah,
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.

dalam semua hal ini, 
menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah.

namun Dia amat faham, bagi hambaNya,
Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
hanya perlu melakukan yang terbaik,
meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya,
lantas nescaya Dia akan menguruskan yang selebihnya,
agar yang terbaik itu menjadi milik hambaNya.

moga perjalanan kita sentiasa didalam lindungan dan penjagaan ALLAH S.W.T