Wednesday, April 30, 2014

BERINGATLAH

Ramai sebenarnya yang begini lepas kahwin ... Semua kerana sibuk mencari redha manusia ... Kumpul duit penat-penat habis dekat majlis kahwin sahaja ... Kehidupan berdua lepas kahwin langsung tak prepare ... Baru terhegeh-hegeh nak cari lain ... Biarpun anda mampu mahupun terlebih mampu, cubalah sehabis baik untuk bersederhana ...

PESANAN UNTUK PASANGAN BERCINTA



Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin 'si dia' bukan jodoh untukmu.

Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik 'si dia'.

Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanyalah palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik buat dirimu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.



Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA

Wednesday, April 9, 2014

IMPIAN KASIH

kasih dengarlah hatiku berbicara
kasih izinkan aku bertanya
bisakah cinta bersemi
mengundang restu Ilahi
adakah hanya bahagia yang diimpi
menjadi satu realiti

kasih ku sedari kekurangan diri
kasih ku insafi kelemahan diri
ku ingin sunting dirimu
menjadi permaisuri hatiku
sebagai isteri yang berbudi
kebanggaan para suami

wanita hiasan dunia
seindah hiasan adalah wanita solehah
yang akan membahagiakan
syurga dalam rumah tangga

hanya itu yang ku inginkan
dari insan yang amat ku sayang
damaikanlah resah hatiku
aku rindu kasih dan sayangmu
terimalah seadanya
akulah hiasan pelamin hidupmu

andainya tiada jodoh
untuk ke singgahsana
ku pasrahkan segalanya
kerna takdir yang akan menentukan
impian kasih