Friday, March 4, 2011

DUNIA AKHIR ZAMAN



Surah Al-Baqarah ayat 30
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat
“Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seseorang khalifah di muka bumi…….”
lalu para malaikat menjawab…..        
“Adakah Kamu ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah?”
“…sedangkan kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau …”
Tetapi Allah berfirman…
“Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu.”

Persoalannya , apakah yang dimaksudkan oleh Allah yang tidak diketahui oleh para malaikat?
Persoalan tersebut telah dijawab dalam ayat-ayat yang seterusnya…

Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam “nama-nama” keseluruhannya. Setelah Nabi Adam mengetahui semua “nama-nama” tersebut, maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kepada manusia kecuali iblis, kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mngenai “nama-nama” oleh Tuhannya, kerana itu dia enggan sujud dan telah berikrar sehingga hari Qiamat untuk membuktikan bahawa manusia tetap akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah walaupun telah mngetahui akan “nama-nama” tersebut.


Apakah yang dimaksudkan dengan “nama-nama” tersebut?
Kerana “nama-nama” itulah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat Islam di akhir zaman ini sebagaimana yang telah dijangka oleh para malaikat.

Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia
Biar saya tunjukkan kepada anda semua tentang zaman prasejarah yang sering diajarkan kepada kita.

ZAMAN BATU
*      Paleolitik
*      Mesolitik
*      Neolitik
ZAMAN GANGSA
ZAMAN LOGAM
ZAMAN MODEN

Kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu
Kononnya manusia zaman dahulu tidak tahu apa-apa. Malah tidak tahu bercakap, tidak ada bahasa, tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan.

Dan akhirnya memasuki zaman moden di mana anda berada sekarang. Itulah sejarah yang dipercayai oleh majority manusia. Tanyalah sesiapa saja, garis masa itulah yang akan di jawab oleh mereka. Apabila disebut zaman purba mereka akan membayangkan orang yang tinggal di dalam gua.
Tetapi lupakah anda Kaabah dan Masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam sebagaimana yang telah diberitahu di dalam hadith Rasulullah? Dan ini menunjukkan manusia pertama sudah pandai membina bangunan. Adakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang? Malah Nabi Adam sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.
Adakah Nabi Adam diturunkan dalam keadaan sehina ini oleh Allah tanpa sebarang ilmu?Nabi Nuh pula sudah pandai membuat bahtera besar.
Ini adalah contoh binaan orang-orang yang kita gelar kononnya sebagai “orang batu”


Sebuah artifak yang begitu unik telah ditemui dalam tamadun Babylon. Dan setelah dikaji, ianya merupakan sebuah bateri.
Dan ini menunjukkan kerajaan kuno Babylon sudah pandai menggunakan tenaga elektrik berjuta-juta tahun dahulu sebelum kita.

???
Sebuah lukisan dalam tamadun mesir purba.


Zaman Batu tidak pernah wujud !!!
Zaman Gangsa tidak pernah wujud !!!
“Paleolitik” hanya satu istilah khayalan . . .
“Mesolitik” hanya satu istilah dongeng . . .

ZAMAN BATU HANYA SATU PEMBOHONGAN SEJARAH

Tahukah anda siapakah dalang disebalik penipuan sejarah ini ?
Charles Darwin dan para pendokong teori evolusi . . .
Teori evolusi hanya satu pembohongan semata-mata . . .

Dan menjadi satu keperluan untuk kita mengenali sejarah sebenar kita

Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah..
contoh:
1.      “…di masa kerajaan Sulaiman…….”(Baqarah 102)
2.      “…sesudah Musa ……”(Baqarah 246)
3.      “…sesudah Nuh…..”(Isra’ 17)


Kerana para Nabi ini adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunnya yang tertentu. Inilah cara sebenar untuk mengkaji sejarah. Kajilah berdasarkan Nabi-Nabi yang telah diutuskan. Dan anda akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut.
Dan bagaimana ketamadunan mereka yang begitu canggih boleh HANCUR  sekelip mata hingga kita menyangka mereka berada di ZAMAN BATU.


“Telah berlaku atur-aturan yang tetap sebelum kamu, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)”
                                                                                                                               Al Imran : 137


Mereka bukanlah ‘orang gua’ yang hanya tahu makan dan tidur tetapi mereka telah membina satu ketamadunan yang begitu hebat. Malah mungkin kecanggihan mereka lebih hebat daripada kita hari ini.
Ilmu pengetahuan mereka begitu tinggi, sehingga mereka mampu mencerap bintang-bintang di langit
Tetapi kerana kekufuran sebahagian daripada mereka kepada Allah, maka kehebatan ketamadunan mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam saja, sehingga kita menyangka mereka ini adalah orang zaman batu yang tidak pernah mencipta apa-apa. Begitulah bagaimana sejarah berulang, tetapi amatlah sedikit yang mengambil pengajaran. Dan sejarah terus berjalan, sehinggalah ke peringkat akhir.


Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut Nabi-Nabi yang diutuskan. Dan apabila Nabi yang terakhir telah di utuskan, maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa akhir. Fasa ini adalah penting bagi makhluk yang bernama iblis.
Kerana iblis sudah berjanji kepada Tuhannya sejak awal sejarah manusia lagi unutk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah.
Mengikut hadis, zaman umat Nabi Muhammad dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa.


Masa kenabian ada ditengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nabuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya. Setelah itu masa kerajaan menyombong  (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.


Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah)


Kemudian beliau (Nabi) diam….
[HR  Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Hudzaifah]


Mengikut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup. Zaman ini sudah berlalu. Kemudian datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh 4 Khulafa’ Rasyidin iaitu fasa kedua. Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yg ‘mengigit’. ‘Menggigit’ didalam hadis maksudnya mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ketiga ini, kerajaan Umaiyah, Abassiah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. 


Zaman ini juga telah berlalu. Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela dan fasa itu adalah zaman sekarang iaitu fasa keempat. Kemudian berlalunya fasa keempat akan datang pula fasa kelima. Fasa kelima dunia akan kembali diperintah mngikut cara Nabi berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mngenai lima fasa tersebut, tiba-tiba Rasulullah terdiam dan diam tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah tamat”.


Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa keempat ini akan kedatangan satu fitnah, fitnah paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajal.


Dajal tidak akan datang pada fasa kelima kerana fasa kelima kekuasaan telah berada di pihak-pihak orang yang beriman. Dajal tidak akan datang selepas fasa kelima kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia telah tamat.


Hanya fasa keempat sahaja peluang untuk iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa keempat itu adalah zaman yang kita berada didalamnya sekarang.
Sebelum turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa kelima, seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha iblis di peringkat terakhir zaman manusia.

Tuesday, March 1, 2011

Renungan : Istighfar amalan kekal nikmat, hindar musibah, hapus dosa..


Pernah dengaQ tak orang cerita kisah PELANGI?
Org kata kn, ALLAH sngaja s0r0kkn Matahari ng awan mdung kmudian dia trnkn pula hujan, kita menangis krn tiada lagi Matahari, tp rupanya bkn di situ saja kisahnya, ALLAH sebenarnya nak adiahkan kita PELANGI yang cantik. ni cerita PELANGI.

Cmna plak kalau kita dapat bukan sahaja PELANGI, tapi DIA bagi balik dekat kita Matahari yang terang, sekali dengan peneman nyaSi Awan Biru yang cantik, berlatarbelakangkan permandangan yang sangat indah.? Anggap sahajalah aku manusia yang ada dalam situasi tu.. Nikmat tak pernah henti datang dalam hidup. Ada sahaja perkara baik yang berlaku. Kata orang kan, dulu menangis kerana duka, sekarang kerana sukanya dan terlalu syukur n gembira atas nikmat berkenaan.

Aku tadak apa pun nak cakap sebenarnya, cuma nak berkongsi saja. Hidup kita ni, perjalanan kita, takdir kita, semuanya adalah MILIK ALLAH. Pernah satu ketika DIA bagi kita duka, tapi tu bukan bererti DIA benci kat kita, tapi sebenarnya kan, aku ibaratkan seperti layang-layang, kita tarik turun bila kita tengok dia da tinggi sangat dan tidak terkawal. Camtu jugak la hidup, dia tarik kita, bawa kita mai balik dekat DIA. yang kita ni plak, jangan la sentap, tapi cuba bersyukur, dengan baca situasi kejadian ni dari satu sudut yang berbeza, POSITIVE WAY kata orang putih.

Maka dari sana, kita akan nampak relevennya, kejadian jatuhnya kita tu. Perit tu sudah semestinya la..tambah bagi orang yang diibaratkan jatuh ditimpa tangga, tergolek2 kena tempap tiang plak kan.. ( :p ) tapi tengok balik pada yang datang pada kita kemudiannya.. Ada pengajaran yang kita tak nampak dan tak sedar di dalam tu..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Apa pun yang, menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya.” (HR Muslim)
Sabdanya lagi yang bermaksud:
“Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya.” (HR Bukhari & Muslim)

Di samping itu juga, untuk mengetahui hakikat dari cubaan atau musibah, yang ditimpakan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-Nya itu dapat diperhatikan dari sebuah hadith Qudsi yang maksudnya:
“Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya: ‘Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya, kerana Aku ingin mendengar suaranya.” (HR Tabrani)
Hadith di atas menjelaskan, bahawa Allah s.w.t. memerintahkan kepada para malaikat-Nya yang tidak pernah derhaka dan tetap melaksanakan apa yang Allah perintahkan kepada mereka, supaya melakukan berbagai macam ujian dan cubaan kepada hamna-hamba-Nya. Dengan demikian, akan dapat didengar suara hamba-Nya yang sedang mengalami ujian dan cubaan itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati hamba-Nya itu.

Alhamdulillah.. Syukur yang amat sangat Ya ALLAH, mencurah2 nikmat kau beri, smpi tadak ruang nk rs k0s0ng, tadak pluang nk rs sunyi,. Nikmat y buat aku tefikir,betapa AGUNG NYA kamu. Sentiasa diisi ruang2 bkenaan tu buat aku. N aku skg,bersalah plak rasa. Sedangkan ng manusia pun aku boleh segan. Allah xpenah henti bg kita, tp sebagai manusia,kt xpenah bhnti wt slp,ad ja la pkara y akn wt utk jd slh 2. Aku akui aa,kt terkadang jd ralit dengan "kesedapan" nikmat2 NYA, aku sedar suma 2,n aku arap n d0a sgt,agar aku dpt bet0l2 patuh n benar2 ada d jln NYA. semakin dekat dengan NYA biar yang datang adalah sama ada NIKMAT atau DUGAAN. Amin Yarabbal alamin.

Andalusia - Sejarah Islam Yang Disembunyikan

EROPAH… Bila sebut perkataan EROPAH, dlm fikiran ana cuma terfikir sebuah negara yg penduduknya terdiri dari orang-orang barat shj. Tak terfikir langsung nak ambil tahu…tapi, jgn tertipu hanya pd nama…hakikatnya, di sinilah pernah terbinanya sebuah negara Islam terkuat di dunia. 


Pertama kali ana ditanya tentang Andalusia, terpinga-pinga juga menjawabnya. Hanya teringat pd sebuah lirik lagu nasyid kumpulan Far East “Maassalamah Ya Andalus” dan “Al-Hambra”…tapi masih tak dapat memberikan apa-apa maklumat. Rupa-rupanya ada kisah yg menarik dan pahit terhadap umat Islam di sini. Mungkin ramai yg tak tahu atau menyedarinya, namun inilah hakikatnya. Utk tahu lebih lanjut, ikuti catatan di bawah…

************ ********* ********* ********* ********* *********

Drpd Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yg hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dlm sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kpd anaknya Abu Abdullah drpd puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yg memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kpd Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dgn itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yg berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak yg menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada drpd 620 H hingga 897 H, pd tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yg membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yg pd akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai krn menerima banyak tekanan drpd orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dlm sejarah Islam pd 892 H. Pd masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dlm kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dlm rumah, dgn lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dr rumah mereka dgn aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal utk berlayar keluar dr Sepanyol dgn membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yg ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yg meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yg akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yg tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dgn pantas tentera Kristian menggeledah rumah yg ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yg berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yg dikatakan akan mengangkut mereka keluar dr Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa krn mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dgn pedang terhunus.

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dgn buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yg sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dgn kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yg biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yg tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dlm kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yg kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dgn pelbagai ugutan dan seksaan yg sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yg mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim krn terlalu perit dugaan yg dialami mereka.

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pd tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yg makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yg luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yg juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh krn sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yg tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pd masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yg mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yg dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dgn katanya: “Aku memerlukan tambahan utk otakku bukan utk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yg sedia menanti utk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik utk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara utk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dgn serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan utk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari drpd membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yg kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yg membuat Andalus hilang drpd peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yg mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dgn wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka krn mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yg menyedihkan ada umat Islam yg menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dgn Raja Kristian Choinawi utk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kpd Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kpdnya. Jizyah dlm Islam mesti dibayar bukan Islam kpd pemerintah Islam, tetapi apa yg dilakukan Abu Zaid yg beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kpd Choinawi yg beragama Kristian.

800 tahun bukan masa yg singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yg bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pd satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yg mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yg boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dlm keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pd 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dga apa juga cara. Dgn mengambil contoh Andalus yg hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas drpd jalur yg lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kpd bukan Islam, kesenangan yg tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pd permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.

INTI PATI:
Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas drpd pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yg pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dr negara dan menolak sekularisme dlm bentuk apapun yg bertujuan memisahkan agama drpd kehidupan yg menjadikan kehidupan lepas bebas drpd neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.

FAKTA:
• Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
• Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
• Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
• Pemerintah Islam membina istana yg besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.