Sunday, July 29, 2012

POKOK GHARQAD DAN TEMBOK


Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
 
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad. 
Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.
Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.
Pokok Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja. Daunnya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.
Nama Arabnya adalah Awsaj tetapi lebih popular dengan nama Gharqad di kalangan orang-orang Arab.
Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.
Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.
Kempen Kerajaan haram Israel "Projek Menghijaukan bumi"

TEMBOK PEMISAH (GHETTO ABAD 21)
Pada tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata jelas bukan wilayahnya. (Jika kita mengaku ia ada wilayah). Tembok dengan ketinggian 8 meter ini, dua kali ganda ketinggian tembok Berlin dan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam menerima kesan yang teruk akibat tembok ini.
Dengan pembinaan tembok haram ini, ternyata jelas Israel telah mengulangi sejarah kekejaman Nazi ketika perang dunia ketiga. Ketika itu orang-orang Yahudi dikurung dalam Ghetto. Ghetto adalah satu kawasan di mana orang-orang Yahudi dikurung dan pergerakan mereka terkawal sebelum dibunuh.
Tembok pemisah yang dibina oleh pengganas Zionis-Israel ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta. Namun orang-orang Yahudi ditakdirkan akan menerima nasib seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah. Mungkin inilah tembok batu yang dimaksudkan oleh Rasullullah dalam Hadis tersebut ialah batu tembok pemisah Israel - Palestin ini?
" Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok" ( al-Hasyr : 14 )
Umat Islam yang beriman tidak perlu gusar dengan tembok dan pohon Gharqad ini kerana kewujudannya adalah petanda ketibaan saat kemusnahan orang-orang Yahudi. Penghijrahan orang-orang Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin sangat-sangat dialukan walaupun ia menuntut pengorbanan yang sangat besar. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah, saat-saat kemusnahan Yahudi hampir tiba.

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Sunday, June 17, 2012

Panahan Cinta Dusta



Pernah dulu,
Aku dikecewakan,
Oleh si dia …

Pernah dulu,
Aku bersamanya,
Mengulit kata cinta …

Pernah dulu,
Tika itu,
Kebahagiaan dirasa bersama,
Si dia mengatur kata janji,
Janji cintanya hanya untukku …

Tapi,
Kata hanyalah mainan bibir,
Bibir yang penuh dengan ucap manis,
Namun, pabila hati menjadi sangsi,
Cinta tiada lagi, hanya sayang menjadi baki,

Aku makin kecewa,
Atas nama cinta yang dibina bersama,
Dia pergi meninggalkan ku tanpa kata penyesalan,
Penyesalan atau kemaafan kerana,
Kerana telah mngecewakan cinta yang ku bina hanya untuknya,

Kini  … aku pasrah,
Perpisahan berlaku dilemma menguasai diri,
Serik untukku dengan kata ‘CINTA’
Kerna cinta suci sukar ku temui …