Wednesday, January 9, 2013

BERMIMPI TENTANG KEINDAHAN, BERHARAP SEBUAH KEBAHAGIAAN.


melangkah itu mudah, 
namun mencari arah itu terkadang payah.

mencari jalan itu mudah,
namun memahami destinasi itu yang susah.

menyusuri susur itu mudah,
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.

dalam semua hal ini, 
menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah.

namun Dia amat faham, bagi hambaNya,
Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
hanya perlu melakukan yang terbaik,
meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya,
lantas nescaya Dia akan menguruskan yang selebihnya,
agar yang terbaik itu menjadi milik hambaNya.

moga perjalanan kita sentiasa didalam lindungan dan penjagaan ALLAH S.W.T



Monday, October 22, 2012

HILANG BERGANTI


bila ku kenangkan 
masa yang berlalu 
tidak ku kesalkan 
pedih pilu 


tidak ku menduga

tidak ku percaya
perpisahan ini
menjadi nyata


usahlah kau rayu

usahlah kau pinta
kepada hati ku yang terluka
kini aku puas
kini aku bebas


dari seksa pedihnya cintamu

pergilah kau pergi
ku takkan menanti
yang patah kan tumbuh
yang hilang kan berganti

Thursday, October 18, 2012

biarlah ku sengsara sendiri


biarlah ku hidup sendiri
usah kau ganggu lagi hidup ku
ku ingin damaikan hati ini

bertahun peristiwa berlalu
tak guna kau sebut-sebut lagi
menambahkan sakitnya hati yang lara

masa kau pergi dulu
tiada pesan kau tinggalkan
ku berduka ku merana
hidup sepi tak berteman
hanyut sudah impian ku
dalam arus airmata
kerana kau

mengapa kau tanyakan kisah ku
insani yang hidup penuh sendu
biarlah aku sengsara sendiri