Monday, July 14, 2014

DUHAI ISTERI MASA HADAPANKU


tika dirimu terasa hambatan ujianNya terlalu perit
maka sujudlah kepada Yang Maha Penyayang
secebis ketenangan akan menyusup kembali
saat terasa kehabisan di medan perjuangan
sahutlah kembali seruan 'hayya a'lal falah'
usah dibiarkan mutiara jernih itu mengalir sia-sia
salurkan ia kepada Yang Maha Esa
Dia yang selalu bersamamu
saat duka dan gembira menerpa
tabahkan hatimu sayangku
moga rahmat Allah bersamamu

walau dalam senyuman
mahupun dalam tangisan
kerana engkau mujahidah muda
srikandi pejuang agama mulia
lantas itulah Dia menebarkan onak berduri
buat tarbiyyah Pencipta kepada hambaNya
bagi yang berakal dan beriman kepadaNya
sahutlah kembali alunan zikrullah
moga hatimu bahagia dengan ujianNya
datang menerpa silih berganti
tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu Ya Allah

kasih
usah hiraukan kumbang yang menerpa
kerana kau bunga berkembang mekar
indah di taman larangan
bukan permainan untuk sembarangan
tapi permata yang berharga
intan yang berkilau cahayanya
hanya yang 'haq' mampu mendekatimu
seindah mawar berduri
itulah pujaan seorang lelaki
yang mendambakan sayap kiri
yang suci dari debu dunia
apatah lagi sebutan sang lelaki ... ... .

kasih
bentengkan dirimu dengan iman padaNya
kuatkan hatimu dengan taqwa padaNya
pasakkan semangatmu dengan hidayahNya
simpanlah ia untuk bakal imam mu
kerana sebaik-baik perhiasan adalah 
wanita solehah

ana uhibbuki fillah abadan abadan ya ukhti






No comments: