Friday, October 10, 2014

INSAN BERNAMA KEKASIH


Debar hatiku membisik rindu 
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau ku miliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan 
Mengusir segala resah dijiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra 
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh Tuhan
Ku mohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz penikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina 
Kerana cinta kepadaNya

Kau ku sayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih


Thursday, July 17, 2014

A Song From My Heart


i want to let u know that this song is written from what i have for u
it might not be beautiful and great, but i give it to u
each word might be meaningless, simple and worthless
it might be just another song, but i have written it from my heart

represent the word love and missing u
represent every impressive word in the world
i want u to understand that everything i have done is for u
because u are the special person
because u are the only one in my heart
i want u to listen to the song i have written for u

i want u to listen until the end
even though it won't make us together
i am happy that my heart has nothing left to say
and this song is for u, only u
no matter which day it is
everyday, every minute u will be a song in my heart

even though we are far away
distance seems like an obstacle
i will sing this song for for u, no matter where u are
i want u to listen until the end
even though it won't make us together

i am happy that my heart has nothing left to say
and this song is for u, only u
no matter which day it is
everyday, every minute u will be a song in my heart 
i want u to listen until the end
even though it won't make us together

i am happy that my heart has nothing left to say
and this song is for u, only u
no matter which day it is
everyday, every minute u will be a song in my heart 
i want u to listen until the end
even though it won't make us together

i am happy that my heart has nothing left to say
and this song is for u, only u
no matter which day it is
everyday, every minute u will be a song in my heart

Monday, July 14, 2014

DUHAI ISTERI MASA HADAPANKU


tika dirimu terasa hambatan ujianNya terlalu perit
maka sujudlah kepada Yang Maha Penyayang
secebis ketenangan akan menyusup kembali
saat terasa kehabisan di medan perjuangan
sahutlah kembali seruan 'hayya a'lal falah'
usah dibiarkan mutiara jernih itu mengalir sia-sia
salurkan ia kepada Yang Maha Esa
Dia yang selalu bersamamu
saat duka dan gembira menerpa
tabahkan hatimu sayangku
moga rahmat Allah bersamamu

walau dalam senyuman
mahupun dalam tangisan
kerana engkau mujahidah muda
srikandi pejuang agama mulia
lantas itulah Dia menebarkan onak berduri
buat tarbiyyah Pencipta kepada hambaNya
bagi yang berakal dan beriman kepadaNya
sahutlah kembali alunan zikrullah
moga hatimu bahagia dengan ujianNya
datang menerpa silih berganti
tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu Ya Allah

kasih
usah hiraukan kumbang yang menerpa
kerana kau bunga berkembang mekar
indah di taman larangan
bukan permainan untuk sembarangan
tapi permata yang berharga
intan yang berkilau cahayanya
hanya yang 'haq' mampu mendekatimu
seindah mawar berduri
itulah pujaan seorang lelaki
yang mendambakan sayap kiri
yang suci dari debu dunia
apatah lagi sebutan sang lelaki ... ... .

kasih
bentengkan dirimu dengan iman padaNya
kuatkan hatimu dengan taqwa padaNya
pasakkan semangatmu dengan hidayahNya
simpanlah ia untuk bakal imam mu
kerana sebaik-baik perhiasan adalah 
wanita solehah

ana uhibbuki fillah abadan abadan ya ukhti






Sunday, July 13, 2014

UKHTI TERCINTA


Untaian Kata teruntuk UKHTI TERCINTA
yang sedang dalam penantian

UKHTI
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti dingin dengan air yang menjadi salju

UKHTI
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti gembira dengan bibir yang menjadi senyum

UKHTI
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti khusyuk dengan kata yang menjadi doa

UKHTI
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti huruf dengan makna yang menjadi kata

UKHTI
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti dirimu denganku yang menjadikannya satu

Sunday, July 6, 2014

MUNAJAT RAMADHAN


Ya Allah ... Ya Rahman ... Ya Rahim ...
Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri ini, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ... Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar ...

Ya Fattahu Ya Alim ... Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu ...

Ya Allah ... Takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami dan janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami Ya Allah ... 

Ya Allah Rabbul Jalil ... Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik, supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu ...

Ya Allah ... Ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat kepadaMu bila ditimpa sakit. Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu di saat kami gembira, kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa. Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia tua ...

Justeru Ya Allah ... Ampunilah segala dosa kami, berikah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu Ya Allah ...

Ya Allah ... Ya Rahman ... Ya Rahim ...
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, kau gantikanlah dengan kebaikan untuknya yang boley membawanya ke syurgaMu ...

Ya Allah ... Ya Rahman ...
Pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami, kau gantikanlah dengan kebaikan yang membawanya ke syurgaMu Ya Allah ... 

Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan. Justeru, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah ...

Ya Allah ... Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu meninggalkan kami ke alam barzakh. Golongkanlah mereka dalam orang-orang yang Kau redhai. Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu, maka Kau ambillah dalam keadaan yang baik-baik, dalam keampuanan dan rahmatMu Ya Allah ...

Ya Allah Ya Aziz ...
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat ...

Ya Rashid ... Ya Rahman ... Ya Rahim ...
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah segala urusan mereka, jika ada dikalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada dikalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka dan cukupkanlah keperluan mereka ...

Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka Kau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar dapat beribadah bersama kami, maka Kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Mengasihani ...

Ya Allah Ya Malikul Mulk ... Ya Razak Ya Fattahu Ya Alim ... Kurnikanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu. Sebaliknya, janganlah Kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu ...

Ya Allah ... Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami. Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang ...

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram ...
Ya Allah ... Janganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan akan datang ...

Tetapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu Ya Allah ... jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami ...

Ya Allah ... Temukanlah kami dengan Lailatul Qadar ... Pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam Al-Qadr ...

Ya Allah ... Terimalah amalan kami ... terimalah taubat kami ... ampunilah segala dosa kami ... amankahlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi ... Kurniakanlah kepada kami SYURGAMU YANG MAHA LUAS NIKMATNYA ... ... .

Amin Ya Rabbala'lamin :'(

Wednesday, April 30, 2014

BERINGATLAH

Ramai sebenarnya yang begini lepas kahwin ... Semua kerana sibuk mencari redha manusia ... Kumpul duit penat-penat habis dekat majlis kahwin sahaja ... Kehidupan berdua lepas kahwin langsung tak prepare ... Baru terhegeh-hegeh nak cari lain ... Biarpun anda mampu mahupun terlebih mampu, cubalah sehabis baik untuk bersederhana ...

PESANAN UNTUK PASANGAN BERCINTA



Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin 'si dia' bukan jodoh untukmu.

Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik 'si dia'.

Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanyalah palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik buat dirimu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.



Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA

Wednesday, April 9, 2014

IMPIAN KASIH

kasih dengarlah hatiku berbicara
kasih izinkan aku bertanya
bisakah cinta bersemi
mengundang restu Ilahi
adakah hanya bahagia yang diimpi
menjadi satu realiti

kasih ku sedari kekurangan diri
kasih ku insafi kelemahan diri
ku ingin sunting dirimu
menjadi permaisuri hatiku
sebagai isteri yang berbudi
kebanggaan para suami

wanita hiasan dunia
seindah hiasan adalah wanita solehah
yang akan membahagiakan
syurga dalam rumah tangga

hanya itu yang ku inginkan
dari insan yang amat ku sayang
damaikanlah resah hatiku
aku rindu kasih dan sayangmu
terimalah seadanya
akulah hiasan pelamin hidupmu

andainya tiada jodoh
untuk ke singgahsana
ku pasrahkan segalanya
kerna takdir yang akan menentukan
impian kasih


Wednesday, January 29, 2014

KEMANALAH MIMPI AKU PERGI, SIAPAKAH YANG DAPAT MENGEMBALIKANNYA ...



Mimpi Yang Hilang

dia yang mana
yang datang merebut seri
bunga cintaku

dia yang mana
yang mampu mengalihkan
rasa setiamu

tidak kuduga semua terjadi
kau telah ingkar janji

lidah siapa
yang manis bermadu dulu
mengukir janji

sumpah siapa yang telah terucap dulu
sehidup semati

lenyaplah sudah janji-janji itu
hilang terbawa diangin lalu

kini engkau telah pergi
aku sendiri berteman sunyi

semoga derita ini
takkan terjadi kedua kali

asalku terbang jauh melayang
mimpi yang indah kini telah hilang

hati siapa
yang rela jatuh terkulai
kerna cinta

hati yang luka
ohh pedih didalam dada
tiada ubatnya

pasti nanti 
kau kan mengalami
jangan tangisi 
cinta yang pergi


kemanalah mimpi aku pergi, siapakah yang dapat mengembalikannya ...


Mimpi Yang Pulang

sumpah yang mana
yang dapat merebut seri
kalung cintamu

jurang yang mana
yang mampu memisahkan
rasa setiaku

takkan kemana seandai di mulut
kau tak sepenuh hati

lidah siapa 
yang manis bermadu dulu
mengukir janji

wajah siapa
berbayang seribu rupa
meragut kalbu

tak kemana seandai dihati
bertakhta palsu
ragu tak henti

moga jadi pengalaman
dan pengajaran antara kita

tidak menjadi dendam
aku takkan muram
ohh kerananya

pedih ku buang
mimpi pun pulang
bersama engkau yang telah hilang

dunia yang mana 
dapat kau sembunyi diri
lari dariku

alam yang mana
dapat menyisihkannya 
benar kasihku

pasti nanti engkau merasai
jangan tangisi cinta yang pergi


bukan dendam atau iri hati, bukan juga menagih simpati ... mengenali hati budi bukan sesuatu yang mudah ... salah menilai sendiri yang kecewa ... dek harapan yang menghampakan ... sememangnya janji diukiri untuk dimungkiri ...

impianku sederhana, mampu mencintaimu dan dicintai oleh mu ...




ucapkan syukur untuk setiap kegembiraan, kerana disitu Allah hadirkan kebahagiaan ...
ucapkan syukur untuk setiap penderitann, kerana disitu Allah hadirkan kesabaran ...
minta dari Allah ketenangan hati dan kedamaian jiwa, baik disaat BAHAGIA mahupun DUKA kerana hanya hati yang tenang mampu tersenyum menyambut suka mahupun hiba yang berkunjung tiba ...

Ya Allah ... ku yakin takdir-Mu lebih baik dari semua yang aku impikan ... beri aku kekuatan untuk menempuh semua dugaan ini ...


Friday, January 24, 2014

RINGGIT BERJUTA

pernah kita kecap bahgia
menyulam kasih menyemaikan cinta
engkau ku cintai engkau jua ku sayangi
kesetian ku jangan diragui

kita pasangan bahagia
ku yakin cinta untuk selamanya
kita merancang Tuhan jua menentukan
kita ditakdir tidak bersama

runtuh harapan yang dibina
kerana engkau jadi miliknya
bagaikan kaca terhempas ke batu
hancur luluh impian suciku

ku sedari kedaifan diri
tak selayak berganding denganmu
walau teguhnya cinta mu pada ku
engkau tak akan jadi milik ku

yang ku miliki hanyalah kesucian cinta
kesetiaan yang tiada taranya
harta pangkat ringgit yang berjuta
bukan jaminan membina bahagia

hanya sekejap nikmat bahagia
cinta kita putus jua akhirnya
padamu jua ku serahkan segalanya
aku hanya insan yang tak berdaya
cinta mu hanyalah sementara

Friday, January 17, 2014

SUATU KEPASTIAN


malam ini ...
aku masih bersama keluarga tercinta 
menghirup udara segar
melihat bulan dan bintang bertaburan
melihat keindahan alam maya

adakah hari esok ...
masihku rasai semua ini ???

kematian ...
kau pasti datang menjemputku 
tiada yang terhindar darimu
kehadiranmu tidak dapat dihalang
atau ditunda waktunya
kerana ...
kematian adalah sebuah kepastian

Ya Allah ...
aku hambaMu yang hina
terlalu banyak dosa lalu ku lakukan
ku mohon keampunanMu 
Ya Allah ...
tiada tempat bagiku
hanya Kaulah tempat ku mengadu
dan jangan Kau jauhkan diriku dariMu walau sedetik
sinarilah hidupku dengan hidayahMu
berilah petunjuk dikalaku kebuntuan
selagi nafas bersisa di bumiMu ini

Ya Allah ...
matikanlah aku dalam Husnul Khatimah
agar menjadi malam pertama
bagi malam-malam syurga berikutnya
dan jauhkanlah aku
dari malam-malam neraka berikutnya

Ya Allah ...
keindahan ini hanya pinjaman
kehidupanku jua sebuah pinjaman
pabila Sakaratul Maut tiba
semua pinjaman ini dikembalikan padaMu
tiada lagi yang menjadi milikku
keluarga ... 
kawan-kawan ... 
isteri masa hadapan yang tercinta ...
akan ku pulangkan padaMu
hanyalah yang ku bawa amalanku
sedekah jariah ... 
ilmu yang bermanfaat ...
doa anak yang soleh ...
menjadi peneman di alam kubur ...


Thursday, August 1, 2013

Sujud Terakhir Ku


Dalam sujud terakhirku

Dalam sujud terakhirku, Ya Allah ...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya,
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku ...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi ...
ku menangis sekeras-kerasnya,
biar kering mata ini,
namun basah ladang hati yang gersang ...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman ...
ku lihat semua dosa yang membayangiku,
kelam mencengkam jiwa yang dihantui kesombonganku ...

Dalam sujud terakhirku, Ya Mujib ...
aku berlindung diatas nama-Mu dan kekuasaan-Mu,
peliharalah diri dan hatiku,
agar ia mampu membesar dengan baik,
redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan,
biarlah daku menyemarakkannya,
kan ku teguh menatang serikandi ummah ...

Dalam sujud terakhirku, Ya Malik ...
aku berharap diri ini belum terlewat,
untuk aku kembali bersujud dan bertaubat kepada-Mu,
ampunkanlah segala dosa-dosaku,
diatas setiap ketelanjuranku,
janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda,
kasihanilah daku, Ya Allah ...
bantulah daku dalam menempuh jalan,
dalam usaha mencari firdausMu ...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim ...
biarkan aku patah dalam cahayaMu,
biarkan ku musnahkan titik-titik kemunafikanku,
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu ...

Dalam sujud terakhirku, Ya Allah ...
aku akui keagunganMu,
namun hatiku sering leka,
jahiliah sering bertakhta dijiwaku,
aku mohon agar diberikan hati yang baru,
hati yang sering terikat dengan-Mu,
yang sentiasa takut dan rindu kepadaMu ..

Biarkan aku hirup nafasku sekali lagi,
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta ...

Tuesday, July 30, 2013

Wasilah Cinta

tidak ku cinta mu kekasih
kerana balasan yang engkau
janjikan dulu
untuk ku sebuah taman
yang mengalir sungai
kebahagiaan

sungguh tidak kesampaian
cintaku padamu
seandai terikat dan bersyarat
padamu teman cinta kita
terasa pula adanya
tawar menawar penuh tanda
tanya

hanya satu pengucapan mu
yang ku pegang kini menjadi nadi
hiduplah aku kerananya
bersama janjimu restu penuh pasti

berpisah hingga kekasih
zahir kau yang hilangku cari pada gambaran nyata
tidak ku temu kau kekasih
bayang mu oh dimana
hinggakan aku kehilangan punca

lalu aku kembali
ke alam abadi
bersama amanah janji
ku lihat engkau disana
setia menanti
kekasih ku serahkan

cinta satu kita
lebih bermakna
dari balasan kau janjikan
walau kau duga bintang kejora
menjadi intan tak ku hirau

dalam sedar aku kembali
didalam lena ku kita seabadi
siang malam hanyalah mimpi
demi engkau kasih tidak ku peduli

Thursday, June 27, 2013

DUKA

ku lihat dibelakang ku ...
tiada siapa yang menahan tubuh ku saat ku ditolak ...

ku toleh ke kanan dan kiri ku ...
tiada siapa yang sedia untuk ku pimpin tangan mereka saat ujian tiba ...

ku pandang didepan ku ...
penuh jalan berliku ...
namun tiada siapa yang sudi menghulurkan tangan untuk membimbingku ...
ku mendongak tinggi ke langit ...
cantik ciptaan bulan dan bintang ...
lantaran ku sedar adanya Tuhan ...
Maha Pengasih Maha Penyayang ...
terkedu terkaku terharu ...
tatkala mendengar firmanMu ...
La Tahzan ;)

Monday, April 15, 2013

TIADA YANG SEMPURNA



Jika kamu memancing ikan ... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu ... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja ... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisa ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup ...



Begitulah juga ... ....



Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ... Setelah ia mula MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya ... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja ... Kerana ia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu ...



Jika kamu menadah air biarlah berpada, janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh ... Cukuplah sekadar keperluanmu ... Apabila sekali ia retak ... Tentu sukar untuk kamu menambahnya semula ... Akhirnya ia dibuang ...



Sedangkan jika kamu cuba untuk memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi ... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya ... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa ... Anggaplah dia manusia biasa ... Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya ... Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya ...



Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya ... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi ... Yang kamu pasti baik untuk dirimu ... Mengenyangkan ... Berkhasiat ... Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain ... Terlalu ingin mengejar kelazatan ... Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya ... Kamu akan menyesal ...



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan ... Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu ... MENYAYANGIMU ... MENGASIHIMU ... Mengapa kamu berlengah cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain ...



Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ... Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain ... Kamu juga yang akan MENYESAL ...



DAN MUNGKIN MEREKA LUPA,
NOBODY'S PERFECT


~renungan bersama~

Saturday, April 6, 2013

DOAKU


Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku pada jurang nafsu.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajatdi sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati kepada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihku,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amin Ya Rabbal A'lamin ...

Sunday, March 31, 2013

Kereta Buruk Korang Kata ???


Meh sini aku nak citer ...

korang penah dengar kete lama jenama toyota datsun ?
korang jangan cari pasal der, tu cuma fitnah falasi semata-mata ...
yang sebenarnya toyota dengan datsun dua company yang berbeza ...
kete pon memang sah2 tak sama dalam banyak perkara ...
datsun tu nama lama, sekarang dorang pakai nissan pulak ...
toyota lak dulu pacuan belakang, sekarang banyak tarik depan jer ...
pek kong pek ... tu spesis mazda der ...
dulu untuk rakyat biasa, sekarang untuk orang bnyak duit n kaya2 ...
mitsubishi dengan subaru jangan cerita, harga sebuah rumah kalau ikot harga semasa ...

kereta buruk korang kata ?
jangan macam tu der ...

kereta kami ni dapat dengan macam2 cara ... 
ada yang mak bapak punya, pass kat anak untuk dijaga ...
ada yang sebagai 1st car, lepas dapat kerja tak pon dulu geng2 rempit sekarang da retire ...
untuk yang 2nd car, beli sebab nak bawak anak bini supaya lebih selesa ...
kalau yang berduit sikit, kereta lama ni sebagai koleksi dan untuk seronok2 jer ...
untuk yang kaki racing, kereta lama ni dibuat experiment gila kuasa ...
kalau dapat kat drifter, lock ajer axle, menggelosongsor la sepanjang masa ...
tanya pada purist, dorang lagi suka maintain ori, stock wat gi kerja dan jalan2 sama keluarga ...
ahh ... tak kesah la camne lain2 punya citarasa ... masing2 ley respect each other ...

kereta buruk korang kata ?
selamber jer korang ye ...

takper, kami ni nak berkawan suka2 je ...
group kami ni bukan untuk orang yang takde kerja dan takde duit nak beli kereta ...
banyak jugak yang kaya2, kerja sendiri, bisnes, doktor, kontraktor, mahupun engineer ...
pendek kata dari kerja kuli2 sahaja sampai la ke orang berada ...
lu cina ka india ka iban ka tak pe ... silakan jer ...
kami tak kesah, janji lu sayang kereta lama, lu kami punya saudara ...


kereta buruk korang kata ?
hamboi ... nak kena langgar ke ...

ni kereta nampak jer buruk ...
yelah, nampak standart je ... sebabnya kami taknak la menunjuk2 ...
tapi dalam bonet depan tu macam2 toyol ley simpan ...
enjin stock pon entah2 twin solex takpun weber dok srooot2 ...
takkan nak heboh2 lak apa kami taruk ...
rasa nak cuba, ley la hangpa try cucuk2 ...
kalau kena tinggai pandai2 la hangpa menyorok ...

kereta buruk korang kata ?
aku langgar jugak budak ni ...

tak per, korang belek sikit sportrim tu apa dia punya brand ...
kalau bukan watanabe, volk racing, kurang2 pon hayashi ataupon long champ ... 
sebenarnya tak kesah la brand apa pon, yang penting rim kami made in japan ...
setengah kereta rim bukan main mahal walaupon body da tahap reban ...
kalau kereta jem tengah jalan, sanggup je bukak rim balik simpan ...
rega ? adalah sikit ... ngam2 bonus hujung tahun orang gomen ...
ok gak la kereta kami takde hutang dengan bank ...
duit gaji bulan ley bagi mak ayah, bayar ptptn mahupun sspn ...
takde la risau takut tak dapat bayar kereta time2 ekonomi tengah jem ...
bukan sekejap beb, tunggu 9 tahun baru hutang habis ... memang krem ...

kereta buruk korang kata ?
sesedap mulut je korang berkata2 ye ...

kami beli pakai cash je der ...
kalau kami dah suka, kami bawak tunai takde pakai personal loan ke apa ...
err ... tapi kalau kena 240z, kpgc10 loan bank tu sanggup jugak la kami consider ...
bukan apa, chasiss2 tu sume jenis rare dan banyak peminatnya ...
kalau aku cakap ada beberapa biji je kat negara kita, nanti lu orang tak percaya ...
senang cakap, kalau lu dapat memang lu antara orang bertuah kat m'sia ...

kereta buruk korang kata ?
aku lempang jugak budak ni ...

nasib la kami ni penyabar orangnya ...
tak yah takot la kalau kami ni tetiba muka serius ...
maklumlah, kadang2 kereta meragam kepala risau camne nak cari partsnya ...
tambah2 kalau kereta breakdown otw nak g keje ... memang haru jugak dibuat nya ...
ekon takde berpeluh sentiasa tu perkara biasa ... 
minyak abis, tangki kotor, carbs tersumbat ? tong da standby ... tunjuk je mana stesen minyaknya ... 
biasa la kereta tua, memang selalu mintak dimanja ...
susah senang sama2 ... ni la sentimental value namanya ...

kereta buruk korang kata ?
da puas hidup ke ...

macam la kereta korang je yang boleh naik dengan selesa ...
kereta kami pon ada yang beraircond la encik berader ...
lagipun kami ni bukan spesis lelaki manja ...
nak maintain macho, tak semestinya muka perlu fresh sentiasa ...
peluh menitik2 pon kalau dah hensem, hensem la jugak ...
kulit terbakar kena matahari paling teruk pon bertukar tona warna je ...
apa nak kesah, lelaki kan nampak lebih seksi kalau gelap kulitnya ... 

kereta buruk korang kata ?
oklah ... sukaty lu la der ...

tak berbaloi bunuh orang sebab kereta lama ...
tak kesah la kereta lama or kereta baru ... kita sama2 main kereta ...
tt, tt jugak ... tapi solat lu orang jangan lupa ... 
baru la best ... dunia akhirat dua2 kita mau, tak gitu der ? boleh ke tak pe ...  

Saturday, March 23, 2013

TERIMA KASIH

Sekian lama diriku menyepi 

Mencari kekuatan untuk terus hidup 

Mengisi kekosongan yang telah tertutup rapi 

Kerana kecewa dengan memori silam 

Kini, dek kerana panahan cintamu 

Akhirnya kau berjaya menemukan kunci itu 

Terima kasih sayang 

Kerana sejuta kasihmu 

Kau bahagiakan diriku 

Kau kembalikan senyumanku 

Warnailah hidupku dengan cintamu

Selamanya ... 

Friday, March 1, 2013

Awak ... esok saya akan jadi TUNANGAN orang :'(


Hari berganti hari ... bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun  ... takdir Allah menentukan segalanya ... pertemuan mereka seakan-akan dirancang untuk menamatkan segala penantian dulu ... untuk menghentikan kesemua janji-janji palsu ... saat sang lelaki sedang berjalan sendirian matanya terpana pada seorang wanita yang pernah dulu bertakhta di hatinya ... dan mungkinkah kasih itu akan bertaut kembali ... digagahkan jua untuk bersapa ... dengan si DIA ...


LELAKI : Assalamualaikum ... awak ... x sangke ye kita dapat jumpa di tempat kita mula2 berkenalan dulu ???

WANITA : Waalaikumussalam ... ermm ... ye ...

LELAKI : Awak ... kenapa saya x dapat hubungi awak ??? awak marahkan saya ke ???

WANITA : Taklah ... cuma saya nak cuba tenangkan fikiran je ...

LELAKI : Ohh begitu ... jom kita singgah ke gerai makanan ... boleh kita berbual lama sikit ...

WANITA : Ehh ... xpe la ... saya ada hal ni ... kalau dekat sini pon xpe kita berbual ye ...

LELAKI : Ermm ... yelah ...awak da makin cantik ye sekarang ... dah makin putih ... dulu putih jugak tapi boleh laa ...(sengaja sang lelaki berjenaka untuk melihat manis senyumannya ...)

WANITA : Xder la ... saya biasa2 je ... semua anugerah Tuhan ... 

LELAKI : Awak ... saya dah ada kerjaya sekarang ni ... dan duit saya dah cukup tau untuk kotakan janji kita dulu ... dulu awak cakap laksanakan tanggungjawab saya dulukan ... saya rasa semua hampir selesai ... tapi untuk diri saya je belom ... awak ... saya da nekad nak sunting awak ...

Terdiam sang wanita x mampu berkata apa2 ... saat itu berlinangan airmata hiba ... wajah tunduk duka pandangan seakan gelita ... permintaan dulu menusuk di jiwa ...

LELAKI : Awak ... kenapa awak tiba2 macam sedih je ??? Awak x suka dengan lamaran saya ke ??? Awak ... saya da bersedia untuk menjadi imam awak ... saya da bersedia untuk bergelar suami kepada awak ... Awak ... kenapa ni ???

WANITA : Ermm ... awak ... sekarang kerja apa ye ??? Awak tinggal dimana sekarang ???(bicara sang wanita sekadar mengubah tajuk kata)

LELAKI : Awak ... kenapa x jawab soalan saya ni ??? Awak da kawin ke ??? Awak mungkir janji kita ... 

WANITA : Tak awak ... saya x kawin lagi ... saya setia menunggu awak ... tapi .......

LELAKI : Tapi apa awak ??? Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu ...(lagu cinta 3 segi ... hehehe)

WANITA : Tapi ... tapi saya akan bergelar tunangan orang ... 

Kata-kata bisa menusuk jiwa seorang lelaki yang berhati waja ... airmata ditahan ... agar segala duka dapat disimpan ... 

LELAKI : Awak ... sampai hati awak ... saya nanti janji awak dulu ... saya tunaikan permintaan awak dulu ... tapi kenapa saya terima semua ini dari awak ... awak ... saya berdoa agar satu hari akan bertemu dengan awak ... dan ... saya akan terus lamar awak ... tapi ... awak tau permintaan saya untuk bertemu dengan awak Tuhan tunaikan ...tapi untuk lamar awak ... saya x dapat laksanakan ...

WANITA : Awak ... maafkan saya ... saya terpaksa ikot kata keluarga saya ... saya x mampu nak halang ini semua ... saya x kuat awak ... saya x tega untuk lukakan hati ayah dan bonda ...

LELAKI : Tapi awak tega lukakan hati saya ... awak da patahkan hati saya ... hancur luluh awak ...

WANITA : Awak ... masih ramai perempuan diluar sana mengharap kasih dan cinta awak ... awak ... jangan tunggu saya lagi ye ...(kata2 seakan terpaksa untuk membuang segala memori duka ...)

LELAKI : Awak ... mudahnya awak kata ye ... saya tunggu awak ... tapi kenapa ... ermmm ...

WANITA : Awak ... awak bukan jodoh saya lagi ... awak tau kan saya akan jadi tunangan orang ... awak ... saya x mampu lagi nak halang semua ni lagi ... saya x mampu nak pertahankan janji kita ... saya insan lemah ... awak ... izinkan saya pergi menjauh dari awak ye ...

LELAKI : Kenapa awak ??? Kenapa sampai macam ni ??? Saya tak daya nak terima semua ni lagi ... bertahun saya tanam impian ... tapi ... akhirnya ia berkubur bersama hati saya yang bungkam ... saya pasrah awak ... tapi saya x boleh tipu hati dan perasaan ini ... awak ... sampaikan salam saya ye ... kepada bakal tunang dan suami awak .... saya takkan mengharap lagi ... saya hanya mampu titipkan doa bahagia untuk awak dan dia ...

the end ... ... .

Harapan yang dulu cerah kini kembali punah ... janji dulu dilafaz kini sudah terkubur layu dan kaku ... hati sang lelaki sebak menahan hiba saat insan yang dicinta punya pilihan keluarga ... biarlah dia bahagia ... biarlah dia ceria ... walau hati penuh derita dan sengara ... tapi sang lelaki percaya ... pada janji Yang Maha Esa yang pasti benarnya ...



Wednesday, January 9, 2013

BERMIMPI TENTANG KEINDAHAN, BERHARAP SEBUAH KEBAHAGIAAN.


melangkah itu mudah, 
namun mencari arah itu terkadang payah.

mencari jalan itu mudah,
namun memahami destinasi itu yang susah.

menyusuri susur itu mudah,
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.

dalam semua hal ini, 
menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah.

namun Dia amat faham, bagi hambaNya,
Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
hanya perlu melakukan yang terbaik,
meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya,
lantas nescaya Dia akan menguruskan yang selebihnya,
agar yang terbaik itu menjadi milik hambaNya.

moga perjalanan kita sentiasa didalam lindungan dan penjagaan ALLAH S.W.T